DOA UNTUK MENGHILANGKAN PERASAAN NEGATIF DALAM DIRI
DOA UNTUK MENGHILANGKAN PERASAAN NEGATIF DALAM DIRI
Dalam dunia ini pastinya setiap orang mempunyai masalah tersendiri dan tidak akan lari dari buat sebarang kesilapan serta tidak dapat lari daripada ditimpa sebarang musibah dan masalah. Kerana itu ada ketika manusia akan merasa stress atau tertekan, lemah, kecewa, terluka, sedih, gelisah, takut dan menangis sehingga tidak lagi mampu untuk hadapi ujian Allah.
Sebagai umat Islam, percayalah setiap satu masalah pasti ada jalan penyelesaian dan tiada satu perkara pun yang tak dapat diselesaikan dengan bantuan Allah SWT malah tiada apa pun yang dapat menandingi kehendak Allah, oleh itu kita wajib berdoa dan berbagai doa-doa dan zikir dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan.
Doa itu adalah senjata orang mukmin dan dengan berdoa ia dapat memberikan kekuatan kepada sesiapa saja yang lemah malah akan membuatkan orang lain tidak percaya dengan kekuatan kita berserta keyakinan yang tinggi dan juga memberikan keberanian kepada mereka yang dalam ketakutan, itulah keberkatan doa 😊
Doa Menghilangkan Stress, Penenang Hati, Sedih & Gelisah
Doa Hilangkan Stress
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh."
– Sahih Bukhari
Maksud Dalam Rumi:
"Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan."
– Hadis Riwayat Tirmidzi
Sabar dan Positif Hadapi Ujian Allah
Sebagai seorang manusia pasti setiap daripada kita ada ketika merasa kecewa yang teramat sangat dengan keadaan dan situasi yang kita hadapi. Namun, percayalah semua itu adalah ujian daripada Allah SWT yang ingin menguji kekuatan hambaNya supaya kita semua kembali meminta pertolongan dan mengadu serta berserah kepadaNya.
Apa yang paling penting walau sekuat mana tekanan atau stress yang kita hadapi, sesedih mana pun kecewa di hati dan sesakit mana pun di hati, ingatlah sabar adalah wajib bagi kita sebagai orang Islam. Berdoalah dan mengadulah tanpa rasa malu kepada Allah kerana hanya Dia Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Mulai sekarang, marilah kita semua mengamalkan 2 doa pendek ini iaitu untuk menghilangkan stress, sedih, marah, gelisah, takut dan semua perkara yang tidak baik atau negatif dalam diri kita. Jadikanlah semua doa ini sebagai satu amalan, insya Allah berkat usaha dan amalan kita pastinya Allah memberikan bantuan dan perlindungan. Semoga bermanfaat 😉
Nurul Jaidi
Comments
Post a Comment